Home / Perihal Jurnal
Pengenalan
Jurnal Kajian Nusa Bangsa (NUSA) adalah sebuah jurnal akademik yang memfokuskan kepada kajian pelbagai disiplin dalam bidang sains sosial. Jurnal ini berfungsi sebagai platform bagi penyelidik, ahli akademik dan pakar industri untuk berkongsi penemuan kajian dan perspektif yang berkaitan dengan kajian negara-bangsa, termasuklah isu-isu politik dan kerajaan, falsafah dan kajian peradaban, ekonomi dan sosio-budaya.
Objektif
1. Mengembangkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan pemahaman dalam kajian negara-bangsa melalui penerbitan artikel yang berkualiti tinggi dan konsisten.
2. Menyediakan platform bagi para penyelidik dan ahli akademik untuk berkongsi penemuan dan hasil analisis mereka dengan komuniti akademik dan awam.
3. Menggalakkan dialog antara pelbagai disiplin dalam sains sosial bagi menghasilkan pendekatan yang lebih komprehensif terhadap kajian negara-bangsa.
Copyright © 2023-2027 Pertubuhan Nusa Bangsa, No.13 Jalan 4/12P, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.